Besarnya nikmat yang engkau kurniakan kepada aku ini Ya Allah.Tetapi malang, aku tidak pernah merasai kehadirannya walau sedikit cuma.Hidup ini bagaikan kosong tidak bererti bagiku.Hari-hari yang kulalui tidak membawa sebarang makna buatku lagi sedangkan sahabat-sahabat seperjuanganku terlalu gembira untuk meneruskan kehidupan ini. Tetapi aku tidak seperti mereka semua, aku sedang layu tidak bermaya dan mungkin akan rebah di medan pertempuran ini,aku sendiri pun tidak pasti apa yang akan terjadi kepadaku di kemudian hari kelak.
Aku merindui zaman kecilku dahulu dan kalau boleh ingin aku menjadi kanak-kanak kembali dan terus menjadi sebagai seorang kanak-kanak tetapi aku tidak boleh sekali-kali melanggar sunnatullah.Damai rasanya bila terkenangkan zaman kanak-kanak dahulu, tiada masalah yang perlu diselesaikan dan tiada tekanan yang perlu diatasi.Tidak seperti sekarang, hidupku kini penuh dengan ranjau yang berduri dan kesengsaraan yang mungkin boleh menyebabkan aku hilang arah sekiranya aku gagal untuk mengawalnya. Aku sedang mengatasinya sedaya upaya aku.
Aku perlukan bimbingan dariMu Ya Allah untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam hidup ini. Aku bimbang sekiranya aku akan terpesong dari jalan keredhaanMu, aku pohon taufik dan hidayah dariMu moga sinar kebahagian hidup didunia ini akan hadir dan cahaya kegembiraan di akhirat akan tiba tika aku mendambakan nikmat syurgaMu yang kekal abadi.
Sebagai seorang pelajar yang kini jauh diperantauan,aku memerlukan sokongan dan bimbingan dari sahabat sekalian.Satu yang ku pinta darimu yang bergelar sahabat, dekatilah daku semasa aku senang dan sayangilah aku terutama ketika aku dalam kesusahan yang memerlukan bantuan dan bimbingan darimu.Aku jua manusia biasa sepertimu, inginkan kedamaian dan kebahagiaan.Maafkanlah daku wahai sahabat sekiranya aku pernah melukakan hatimu dan mengguris perasaanmu tetapi aku tidak pernah berniat sedemikian padamu kerana aku menyayangimu.Lebih-lebih lagi sahabatku yang berada kat Malaysia.
Rindu pada semua sahabat kat sana.Tiap detik aku mengingati kenangan manis sepanjang kita bersama, walaupun ia telah lama berlalu dan masing-masing telah mengikut arah yang berlainan.Namun apa pun yang berlaku ukhwah kita akan tetap utuh terjalin.InsyaALLAH...
Engkaulah sahabatku yang tidak jemu-jemu memberi semangat dan dorongan kepadaku selama ini. Engkau jualah yang sanggup mendengar segala masalahku dan sentiasa bersedia untuk menyelesaikannya. Tetapi apakan daya kita telah ditakdirkan untuk berpisah buat sementara waktu ini.Doakanlah kebahagiaan aku di dunia dan akhirat wahai sahabatku.Tidak perlulah engkau berasa sedih di atas perpisahan ini,biarlah aku seorang sahaja yang menanggung segala keperitan dan kepedihan ini.InsyaALLAH Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mu jua.
Sekarang aku buntu dan tidak tenteram berada di sini tanpamu.Jauh dari sudut hati kecilku,aku terasa sangat kehilanganmu.Tiada siapa yang dapat memberi sokongan dan dorongan padaku lagi.Sedih apabila semua dugaan ini terpaksa aku tempuhi seorang diri tanpamu disisi.Tetapi aku tidak mampu mengubah ini semua,mungkin ini telah ditetapkan oleh Ilahi dan aku pasrah diatas kehendakNya.
Aku mesti menyesuaikan diriku untuk hidup di sini, walaupun cabaran yang sangat besar sedangku alami dan bakal aku tempuhi, aku mesti kuatkan semangatku. Susah untuk aku mencari sahabat sepertimu di sini, InsyaALLAH kalau dipanjangkan umur kita dapat bertemu lagi.
Sememangnya susah untuk mencari seorang teman yang sentiasa bersama ketika susah dan senang lebih-lebih lagi pada akhir zaman ini, yang rata-ratanya lebih mementingkan diri sendiri tanpa ada rasa ingin untuk bersahabat dengan hati yang tulus suci semata-mata untuk mendapatkan keredhaan ALLAH s.w.t.Namun perjuangan mesti diteruskan sehingga mataku pejam buat selama-lamanya,nadiku tidak berdenyut lagi dan kaki ku tidak lagi mampu untuk melangkah sebagai tanda berakhirnya kehidupanku didunia ini.
Semoga hidupku lebih bermakna selepas ini dan aku ingin memohon padaMu Ya ALLAH jadikanlah aku ini hamba MU yang bersyukur diatas segala nikmat kurniaanMU supaya aku tidak terasa kehilangannya selepas ini.
"sahabat..jika hari ini aku terlalu gembira,sedarkanlah aku dengan amaran2 ALLAH...Jika aku bersedih tanpa kata,pujuklah aku dengan tarbiah pencipta ...jika aku lemah tidak berdaya,ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga...jika antara kita ada tembok yang memisahkan,ajaklah aku leraikan segera...jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah...dan jika esok aku lena tanpa terjaga,iringilah aku dengan kalungan doa..berjanjilah ukhwah kita kekal selamanya."

Salam
ReplyDeleteNi siapa ye? Just nk taaruf je....
wsalam
ReplyDeletetak perlu taaruf
muhaimin dah kenal ana.